Di seluruh dunia..direkodkan 19 kematian setiap 1 minit akibat menggunakan/tersalah ubatan yg di luluskan FDA..
sumber WHO...
TETAPI..tiada rekod kematian yg direkodkan akibat menggunakan rawatan #Ganja.. Dr.Sunjay Gupta
Pokok ganja
Daripada Wikipedia.
(Dilencongkan dari Kanabis)
| Pokok ganja | |
|---|---|
| Pengelasan saintifik | |
Cannabis indica
Cannabis ruderalis Cannabis sativa |
Pokok ganja ialah herba tahunan yang tergolong dalam genusdioecious, keluarga Cannabaceae, dan order Rosales (dahulunya orderUrticales). Dalam mengelaskan pokok ganja, kontroversi filogenetik berlaku sama ada pokok ganja yang ditanam/dibiak datang dari satu spesis (Cannabis sativa) atau dari pelbagai spesis (Cannabis indica, Cannnabis ruderalis atau Cannabis americana).
Pokok ganja boleh hidup dalam pelbagai iklim. Tumbuhanini mempunyai serabut yang kuat yang dikenali sebagai gentian hem dan digunakan dalam industri tekstil. Biji pokok ganja digunakan sebagai makanan burungmempunyai kandungan protein, asid lemak rantai panjang dan tenaga yang tinggi. Pokok ganja mengandungi bahan halusinogenik dan bahan kimia aktif psikoaktif dan psikologi lain seperti cannabinoid. Putik/pucuk dan daunnya boleh digunakan untuk tujuan perubatan dan rekreasi. Penyediaan sebegini dipanggil Ganja. Ganja digunakan dengan cara menelannya atau dengan cara menghisap bersama tembakau atau tanpa tembakau. Ada juga keju yang dihasilkan berasaskan lemak ganja. Di beberapa negara di Eropah memberi lembu tenusu makanan dari pokok kanabis kerana dipercayai ia menggalakkan pengeluaran susu.
Fisiologi pokok ganja[sunting | sunting sumber]
Pokok ganja membiak melalui percantuman seks. Pokok betina akan mengeluarkan putik yang boleh menghasilkan ratusan biji benih. Pokok jantan matang lebih awal daripada pokok betina. Walaupun gen menentukan jantina pokok, faktor sekeliling turut terlibat. Misalnyahermaphrodyte asli mempunyai dua jantina dan kedua duanya mandul. Namun, organ seks hermaphrodyte bukan asli boleh berfungsi sepenuhnya. Pendekatan ini digunakan dalam menyediakan biji benih komersil. Biji benih betina dihasilkan dengan merawat hermaphrodytebetina yang kekurangan gen jantan dengan hormon.
Pokok ganja boleh mengadakan proses fotosintesis, jadi pembesaran pohon ini tidak bergantung kepada pusingan malam untuk menyerap karbon dioksida. Pokok ganja berupaya untuk berada dalam keadaan cerah selama 24 jam sehari (biasanya dengan bantuan cahaya lampu), walaubagaimana pun penanam pokok ganja menggalakkan tempoh rehat (gelap) supaya pokok tersebut tidak tertekan ( overstress ). Pokok ganja mula berbunga apabila kegelapan melebihi 11 jam sehari dan boleh kekal sehingga 6 minggu.
Status undang-undang[sunting | sunting sumber]
Sejak awal abad ke-20, kebanyakan negara telahmengharamkan penanaman, pemilikan atau pemindahan ganja.[2] Namun terdapat banyak juga kawasan di mana hukuman pemilikan kuantiti kecil ganja tidaklah besar, hanya sekadar denda berbanding pemenjaraan, dan memfokus pada pengedaran dadah tersebut di pasaran gelap.
Pada Disember 2013, Uruguay menjadi negara pertama yang membenarkan penanaman, penjualan dan penggunaan ganja secara terbuka,[3] bertujuan melemahkan jenayah terancang.
Kimia dan Kesan kepada Neuron[sunting | sunting sumber]
Bahan kimia psikoaktif utama dalam marijuana ialah delta 9 tetrahydrocannibinol (THC). Ganja juga mengandungi banyak cannabinoid lain yang berkaitan dengan THC. THC bersifat lilpofilik ( lilpophilic ) dan disimpan dalam lemak badan. Ini adalah antara sebab mengapa pengguna ganja kurang mengalami simptom tarikan ( withdrawal ). THC mengambil masa berminggu minggu untuk keluar dari badan manusia. THC mengikat pada reseptor CB1 yang dijumpai di beberapa bahagian badan. CB1 banyak terdapat di ganglia basal dan sistem limbik (sekumpulan struktur otak, termasuk amigdala, hipokamus dan hipotalamus yang berkaitan dengan aktiviti seperti autonomi, emosi, dan tingkah laku), selain ditemui di serebelum, dan sistem pembiakan manusia.
Reseptor CB2 pula dijumpai dalam zon peralihan limpa dan tiada reseptor CB2 dalam sistem saraf pusat (CNS). Apa yang menarik ialah jika dadah menjadikan CB2 sebagai sasaran, sudah pastilah penggunaan ganja dalam perubatan tidak mendatangkan kesan kesan psikotropik. Tiada reseptor CB dijumpai dalam medula, bahagian otak yang mengawal pernafasan dan fungsi jantung. Kekurangan reseptor CB di medula adalah punca mengapa pengguna ganja tidak mudah mati jika terlebih dos. Neil Goodman menyebut,
- " Both subtypes (CB1 and CB2) belong to the seven transmembrane spannir receptor family with a seven a-helices spanning the cell membrane. The intracellular loops of the receptor protein are involved with the G-proteins responsible for the transduction of the intercellular signal. This G-protein-coupled receptor causes the inhibition of the enzymatic activity of adenylate cyclase responsible for the production of cyclic adenosine monophosphate (cAMP) in the cell." [Neil Goodman, 2003, erowid.org].
Reseptor CB terletak di dalam neuron presinaps. Seperti kata Kreitzer dan Regehr, apabila salah satu penghantar biasa seperti glutamat atau GABA meransang neuron postsinaps, neuron tersebut membebaskan bahan kimiacannabinoid ( contohnya anandamide atau 2-AG). Penghantar tersebut kemudiannya kembali kepada neuron presinaps bagi mengurangkan penghasilan cannabinoidbuat sementara waktu.
THC boleh merencat keplastikan sinaps otak. Ini adalah disebabkan reseptor CB1 mengubah keplastikan sinaps bersandar cAMP dan seterusnya menghalang pengambilan sinaps baru dengan cara merencat penghasilan cAMP.
Kesihatan[sunting | sunting sumber]
Ganja Telah didapati melalui beberapa kajian terperinchi boleh mengubati banyak jenis penyakit. Salah satu penyakit yang boleh didapati perubatan ganja didapati berkesan adalah penyakit Barah. Didapati bahawa banyak pesakit-pesakit yang telah sembuh namun pengakuan dari banyak agensi kerajaan belum lagi mengeluarkan penyataan rasmi mengenai hal tersebut. Didapati juga Ganja ( Cannabis ) mempunyai kemampuan untuk mengubati penyakit kencing manis , sawan, depresi dan sebagainya.
Sila komen
