Kerap juga kita mendengar penyakit kanser payu dara, kanser rahim, paru-paru dan sebagainya yang baru disedari oleh mereka rupa-rupanya sudah berada di tahap kritikal dan tidak boleh lagi dirawat. Menakutkan tapi inilah yang banyak berlaku. Memang selalu berlaku penghidap kanser hanya menyedari diri menghidap kanser apabila penyakitnya sudah berada pada tahap akhir. Pengesanan pada tahap kritikal ini amatlah lewat.
Sakit biasa mungkin kanser
1) Sakit perut atau senak perut. Salah satu tanda-tanda awal penyakit kanser kolon ialah berulang kali mendapat atau mengalami sakti perut tanpa sebab.
2) Sakit yang seperti sesuatu menusuk masuk ke pancreas mungkin tanda kanser pancreas.
3) Perut kejang dan sakit perut berterusan. Petanda kepada kanser hati, mungkin juga leukemia kerana pada ketika ini, limpa sedang dibesarkan, menekan sebelah kiri perut yang sedikit rendah.
4) “Asid perut” kronik atau rasa perut penuh selepas makan yang sedikit. Tanda awal yang paling lazim untuk kanser perut adalah kesakitan di bahagian abdomen atas atau pertengahan perut. Anda merasa bagaikan perut anda dipenuhi gas dan selalu rasa pedih hulu hati. Ia mungkin terjadi selepas anda makan dan rasa kenyang biarpun anda baru makan sedikit sahaja. Oleh kerana rasa sakit ini boleh dihilangkan jika anda makan ubat mengandungi antacid, anda mungkin mengabaikan sahaja kesakitan itu.
6) Jaundis atau demam kuning. Barah pancreas, satu lagi salah satu “pembunuh senyap” sering ditemui apabila seseorang menghidap jaundis. Jaundis adalah kuning kulit atau kuning kornea mata tetapi air kencing menjadi lebih gelap daripada biasa yang bukan disebabkan dehidrasi, najis berwarna merah tanah liat malah penyakit kuning juga boleh menyebabkan kegatalan akibat garam hempedu yang terlepas memasuki aliran darah.
7) Berdehit atau sesak nafas. Sesak nafas, sakit dada, atau darah keluar bersama air ludah adalah tanda-tanda kanser testis yang sudah merebak ke paru-paru.
8) Batuk yang kronik atau sakit dada. Beberapa jenis kanser termasuk tumor, leukemia dan kanser paru-paru boleh menyebabkan gejala yang meniru batuk atau bronchitis yang teruk.
9) Kerap demam atau terkena jangkitan. Ini boleh menjadi tanda-tanda leukemia, kanser sel darah yang bermula dalam sum-sum tulang. Leukemia menyebabkan sum-sum tulang menghasilkan sel darah putih yang tidak normal yang mengerumuni sel darah putih yang sihat, mengurangkan daya tahan atau keupayaan melawan jangkitan kuman.
10) Kesukaran menelan. Ia sering dikaitkan dengan kanser esophageal atau tekak, kesukaran menelan kadang-kadang salah satu daripada tanda-tanda awal kanser paru-paru juga.
11) Bengkak muka. Sesetengah pesakit dengan kanser paru-paru mengalami keadaan bengkak atau kemerahan di muka. Ini terjadi kerana sel tumor kecil menghalang saluran darah di dada, mencegah darah daripada mengalir dengan bebas daripada kepala dan muka.
12) Nodus limfa yang bengkak di kawasan-kawasan leher, ketiak atau pangkal paha (ketulan). Pembesaran limfa di leher atau ketiak kadang-kadang ialah tanda tiroid, kanser otak atau kanser tekak. Bengkak yang tidak menyakitkan pada leher, ketiak atau pangkal paha ialah juga tanda awal leukemia.
13) Lebam teruk atau pendarahan yang tidak berhenti. Gejala tidak normal pada platelet dan sel darah merah boleh menjadi tanda-tanda leukemia. Tanda-tandanya ialah gusi berdarah semasa menggosok gigi dan lebam di tempat-tempat seperti jari dan tangan.
15) Sukar membuang air kecil. Tanda-tanda awal kanser prostat ialah anda tidak boleh kencing walaupun anda berasa hendak kencing. Bila sudah kencing pula anda susah hendak berhenti.
16) Masalah ereksi. Sukar mendapat atau mengekalkan ereksi adalah juga tanda anda mengidap kanser prostat.
17) Sakit pada pangkal paha, pinggul atau abdomen. Satu tanda lain kanser prostat ialah lelaki kerap sakit di bahagian pinggang, paha atau bahagian paling rendah di belakang. Kanser prostat yang telah merebak ke nodus limfa merupakan ketidakselesaan dalam pelvis atau bengkak di kaki.
18) Sakit belakang yang tidak diketahui puncanya. Sakit belakang boleh bermakna segala macam perkara. Sakit di belakang pinggang dan lebih rendah boleh menjadi tanda kanser prostat, manakala kesakitan di bahagian belakang atas tanda kanser paru-paru. Sakit di bahagian abdomen atas dan belakang adalah salah satu daripada beberapa tanda-tanda awal kanser pancreas.
19) Kanser kulit merujuk kepada kesakitan kulit atau kulit yang tidak sembuh, menjadi berkerak atau berdarah dengan mudah. Kebanyakan kita tahu tahi lalat mungkin menunjukkan anda ada kanser kulit tetapi cari juga tanda-tanda lain seperti ketulan kecil yang berlilin atau sisik kering. Biasakan diri anda dengan pelbagai jenis kanser kulit – melanoma, sel basal karsinoma dan karsinoma sel skuamus dan periksa kulit dengan teliti di seluruh tubuh untuk mengesan pertumbuhan yang kelihatan ganjil atau bintik.
20) Perubahan pada kuku. Perubahan yang tidak dapat dijelaskan pada kuku boleh menjadi tanda beberapa jenis kanser. Coretan coklat atau hitam atau titik di bawah kuku boleh menunjukkan kanser kulit. Jika ada pembesaran hujung jari, dengan bahagian hujung kuku melengkung ke bawah boleh menjadi tanda kanser paru-paru. sumber: MW Okt 2013































