Translate

Hantu seafood tp ada gout?

Hantu seafood tp ada gout?

Kesiannn...mesti terseksa zahir dan batin sbb kena pantang kan?!

Haaa...tp doc ni ckp org yg ada gout blh mkn seafood lh...tp kena pantang lain...

Pantang GULA!

Sy petik coretan Dr. Norman Mohd Norawi dlm blog beliau bertarikh 18 Nov 2014:

Kajian  menunjukkan, fruktosa akan mengganggu enzim xanthine oxidase dalam hati yang menyebabkan berlaku peningkatan paras  asid urik dalam darah yang akan menyebabkan masalah sakit sendi ‘gout’.
Nasihat perubatan yang konvensional untuk penyakit gout biasanya memfokuskan kepada ‘pantang’ makanan berprotin seperti daging, udang, sotong, kekacang dan sebagainya. Ianya tanpa nasihat untuk mengawal minuman bergula, buah-buahan manis, jus yang mempunyai kandungan fruktosa yang tinggi  boleh menyebabkan masalah gout bertambah teruk.
Fruktosa  telah diketahui satu-satunya jenis karbohidrat yang boleh meningkatkan paras asid urik dalam darah. Fruktosa juga menyebabkan masalah rintangan insulin dan meningkatkan paras insulin dalam darah dan ini boleh menyebabkan terjadinya sindrom metabolik. Oleh kerana gula mengandungi fruktosa, maka pengambilan gula yang berlebihan boleh menyebabkan masalah ini.
Berdasarkan analisa dari data-data yang terdapat dalam kajian menunjukkan pengambilan gula berlebihan terutamanya minuman manis bergula dan tinggi dengan fruktosa sangat berkait dengan meningkatnya risiko penyakit gout kepada lelaki. Begitu juga dengan pengambilan jus buah-buahan dan makan buah-buahan yang sangat manis seperti rambutan, nangka, mangga, manggis, durian dan sebagainya boleh meningkatkan paras asid urik dan menyebabkan masalah sakit sendi gout.


Oleh kerana itu, untuk mengawal masalah dan simptom gout ini kita perlu mengurangkan pengambilan gula, mengurangkan pengambilan jus minuman proses, mengelakkan makan buah-buahan manis yang tinggi fruktosa dan  tidak mengambil alkohol. Mengawal berat badan, bersenam dan aktif secara fizikal juga akan membantu menurunkan risiko penyakit ini. Insyaallah.
--------
Utk gantikan kemanisan gula, blh tukar kpd stevia sbb kemanisan stevia adalah drpd steviosides yang tidak mengandungi toksik, dan bukannya drpd sukrosa mahupun fruktosa.

Ok clear x?

Jom order #RCCStevia supaya blh enjoy mkn seafood tanpa risau gout dtg menyerang!